07 April 2017

Petua Penggunaan Minyak Kelapa Untuk Rambut

Sejak turun-temurun, bonda amat maklum bahawa minyak kelapa digunakan untuk melebatkan dan mencantikkan rambut. Dulu semasa kecil, selepas mandi, adakalanya ibu bonda menyapukan minyak kelapa dan mengurutkan nya di kulit kepala secara perlahan-lahan. Sedapnya terasa.



Banyak cara kita boleh menggunakan minyak kelapa untuk rambut kita:

1. Minyak kelapa sebagai perapi rambut

Minyak kelapa merupakan penyelesaian terbaik untuk merawat rambut yang kering, rosak, dan rambut yang banyak kali diproses. Rambut yang sebegini memerlukan rawatan kelembapan rambut Lakukan rawatan sebegini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengawal isu kekeringan dan kerosakkan rambut. 

Bahan-bahan

  1. 2-3 sudu besar minyak kelapa (bergantung kepada panjang rambut anda)
  2. Tuala hangat/panas
  3. Sikat bergigi lebar

Cara-cara

  1. Basuh rambut anda dengan syampu. Jangan menggunakan sebarang perapian rambut.
  2. Gunakan sikat yang bergigi lebar dan sikat rambut ketika ianya masih sedikit lembap. 
  3. Ambil sedikit minyak kelapa lumurkan di tapak tangan dan mula gosokkan minyak kelapa ke rambut.
  4. Pastikan anda menyapukan minyak kelapa tersebut keserata kulit kepala dari akar hingga ke hujung rambut.
  5. Panaskan tuala dengan "blowdry"  atau ianya diseterikakan.
  6. Balut tuala panas dikepala. Ini membolehkan minyak kelapa diserap dengan baik oleh kulit kepala. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. 
  7. Anda juga boleh meninggalkan minyak kelapa semalaman dan basuh bila mandi diwaku pagi
  8. Basuh rambut anda dengan baik dengan syampu dan memastikan bahawa tiada sisa minyak yang ditinggalkan.

2. Minyak kelapa panas sebagai minyak urutan rambut

Urutan minyak kelapa panas adalah salah satu cara yang paling cepat dan paling berkesan untuk rawatan rambut kerana ianya memboleh penyerapan minyak kelapa secara optimum. Mengurut juga akan merangsang kulit kepala dan akan membolehkan kotoron atau minyak dikeluarkan secara semulajadi.

Bahan-bahan

2-3 sudu besar minyak kelapa (bergantung kepada panjang rambut anda)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak kelapa. Jangan membuat ia terlalu panas; pastikan tuan/puan masih dapat menyentuh minyak kelapa.
  2. Celupkan jari/tangan anda dalam minyak dan mengurut minyak ke kulit kepala.
  3. Urut kulit kepala selama 10-15 minit sehingga meliputi setiap bahagian.
  4. Lumur minyak lebihan ke rambut dari akar hingga ke hujung rambut. 
  5. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. 
  6. Basuh rambut anda dengan baik dengan syampu dan memastikan bahawa tiada sisa minyak yang ditinggalkan.

3. Minyak kelapa dan Jus Limau/Lemon

Secara semulajadinya, kulit kepala kita adalah berasid. Oleh yang demikian, dengan menggunakan jus limau atau lemon ianya sangat baik untuk pembersihan rambut dan mengembalikan pH kulit kepala kita yang berasid. Dengan gabungan minyak kelapa dan jus limau/lemon, ianya adalah penyelesaian yang bagus untuk kelemumur.

Bahan-bahan

  1. 2 sudu besar minyak kelapa
  2. 1 sudu teh jus limau/lemon

Cara-cara

    1. Campurkan bahan-bahan yang disebut dan sapukan keseluruh kulit kepala dan rambut.
    2. Urut selama beberapa minit dan biarkan selama 20-30 minit.
    3. Basuh rambut anda dengan baik dengan syampu dan memastikan bahawa tiada sisa minyak yang ditinggalkan.
    Selamat mencuba!


    p/s Jika malas nak buat semua ini boleh beli sahaja syampu minyak kelapa dari Paul Penders di https://www.bondaku.com/collections/concern/dandruff-and-hair-loss



    No comments:

    Post a Comment