24 May 2017

Petua TouchNGo - Merawat Keputihan

Petua ini diberikan oleh Pakar Aestetik, Doktor perubatan yang bertauliah yang sangat sukakan rawatan alternatif.

Dia ada memberi tips untuk merawat keputihan iaitu memakan kapsul minyak kelapa dan probiotik setiap hari. InsyAllah boleh nampak hasilnya dalam beberapa hari.


Kapsul Coconut Oil 

Kapsul Probiotik

23 April 2017

Petua untuk Masalah Psoriasis Di Kulit Kepala

Petua ini saya petik dan adaptasi dari Puan Azini Othman di FB beliau (https://www.facebook.com/azini.othman)

Anak beliau ada masalah psoriasis dan beliau berkongsi tips seperti berikut:


  1. Memerlukan syampu dan sabun untuk penjagaan kebersihan diri. Kena cari produk yang sesuai. Kalau boleh yang 100% natural.
  2. Potong pendek rambut anak.
  3. Biarkan kuping lekang dari kulit kepala dengan sendiri. Jika dipaksa buang kuping dengan menggunakan apa-apa ubat atau santan, akan menyebabkan ada lelehan dan kulit kepala menjadi kemerahan serta gatal.
  4. Kuping yang telah terpisah dari kulit kepala tapi masih melekat kejap pada helai-helaian rambut, gunting kuping yang melekat dirambut.
  5. Penggunaan ubat cream. Puan Azini menggunakan Elomate. Pengunaan Elomate semata-mata tidak memberi kesan. Ianya perlu kombinasi penjagaan kebersihan diri.
  6. Guna produk 100% natural kerana ianya lebih memudahkan dan mempercepatkan proses pemulihan.

Kini Puan Azini beralih menggunakan Shampoo dan conditioner Paul Penders selang sehari dan menggunakan Botanical Coconut  Oil Moisture Bar - sabun dikepala selang sehari bergili-gilir dengan syampu.


Ternyata beliau merasa sangat lega kerana ianya terkawal. Sebab sebelum ini psoriasis merebak agak cepat, dalam masa sebulan hampir 30% kulit kepalanya dipenuhi kupingan tebal dan berair !!

Produk Paul Penders adalah Produk 100% vegan, Halal, tiada bahan-bahan kimia yang merbahaya.


https://www.bondaku.com/

21 April 2017

Petua TouchNGo - Sakit Belakang

Bila dah dekat nak datang "bulan", terasa lenguh dan sakit belakang. Dah urut belakang pun masih macam tak reda.

Cuba Urut betis. Jika terasa sakit tu memang belakang kita sakit. Urut perlahan-lahan. Nanti terkejut pulak urat dibetis.

Lepas urut, sapu minyak panas.

Akan terasa lega,InsyaAllah.

16 April 2017

Badan Lemau

Hari ini badan terasa lemau. Terasa badan dah bertambah asidik. Badan berasid ni kita boleh rasa. Sentiasa lenguh-lemguh badan, angin banyak, dan sentiasa lemah. Ada 2 cara nak mengalkalikan badan kita balik.

Satu, bersenam dan banyak makan buah-buahan. Jangan sentuh kopi dan teh. Petua yang pertama susah sikit bonda nak ikut. Almaklum bonda peminum tegar Teh.

Tapi yang petua no.dua, bonda akan mula mencari kapsul Mixed Vinegar dari Cosway. Harga runcit dalam RM48 sebotol (tak silap bonda).

Bagi sesiapa nak mula makan ambil 2 atau 3 biji dulu (selepas makan). Bonda dah biasa, akan makan 5 biji. Telan cepat-cepat sebab masam sangat-sangat la weeii..

Makan pagi dan malam. Nanti bermulalah pengembaraan membuang angin. Bonda amalkan 3 hari. Alhamdullilah badan kembali segar.

Ada juga orang membeli campuran cuka epal, madu, habbatussauda dan lain-lain campuran. Atau minum air beralkali. Ianya juga membantu.

Selamat mencuba.

14 April 2017

Soalan: Kulit Muka Banyak Whitehead dan Blackhead, camne ek?

Kulit muka Puan sama dengan kulit muka bonda. Ini jawapan dari bonda:


1. Itu menandakan kulit muka dan badan tu kering. Bila kering, pori kulit muka akan bertambah besar and akan mengeluarkan banyak minyak. Ini akan terjadinya banyak whitehead dan blackhead. Minum air kosong banyak-banyak.


2. Usahakan buang whitehead dan blackhead dulu. Jika penggunaan cuci muka skrub tidak memadai, kena pakat picit. Kalau tak tahan sakit kena picit, pergi beli pore pack. Tampal dan tarik. 


Tapi kalau nak jimat duit, kulit muka tebal dan TIDAK SENSITIF, cuba petua ini.


Ambil putih telur dan sapukan pada keseluruhan wajah muka. Tampal tisu paper nipis, buat macam masker. Tunggu ianya kering dan tarik. Hasilnya berceracak whitehead dan blackhead akan keluar.

3. Lepas dah buang whitehead dan blackhead, cari krim "exfoliate". Contohnya, Intensive Cleansing Therapy (ICT) dari Paul Penders. Sapu moisturizer dulu - baru pakai ICT. ini akan membantu exfoliate (cuci kasi bersih) selepas buang whitehead dan blackhead.

4. Untuk mengurangkan pengeluaran minyak, pakai cleanser yang sesuai untuk kulit beminyak. Bonda sekarang sangat serasi menggunakan Coconut Oil Moisture Bar dan Alpine & Teatree cleansing wash.


5. Selepas cuci muka, gunakan toner dan pakai serum tambahan untuk melembabkan kulit muka. Untuk serum bonda pakai My Skinfitness Complexion Booster. Boleh nampak perubahan tambahan. Muka bertambah lembab, pori mengecil dan tona muka sekata.

6. Sapukan moisturizer yang bukan berkrim. Bonda sesuai dengan Juniper & Yarrow 24h Moisturiser. Kulit muka bonda dah tak berminyak sangat.

7. Akhir sekali, sapu foundation. 


Apa-apa pun yang penting banyakkan minum air.

11 April 2017

Bahan Racun dalam Produk Kosmetik

Bahan Racun dalam produk Kosmetik / kecantikkan ini Bonda petik dari  Kenyataan Akhbar KPK 11 April 2017 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual.

Semoga ianya bermanfaat kepada semua.

1. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

2. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

3. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

4. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

5. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

07 April 2017

Petua Penggunaan Minyak Kelapa Untuk Rambut

Sejak turun-temurun, bonda amat maklum bahawa minyak kelapa digunakan untuk melebatkan dan mencantikkan rambut. Dulu semasa kecil, selepas mandi, adakalanya ibu bonda menyapukan minyak kelapa dan mengurutkan nya di kulit kepala secara perlahan-lahan. Sedapnya terasa.



Banyak cara kita boleh menggunakan minyak kelapa untuk rambut kita:

1. Minyak kelapa sebagai perapi rambut

Minyak kelapa merupakan penyelesaian terbaik untuk merawat rambut yang kering, rosak, dan rambut yang banyak kali diproses. Rambut yang sebegini memerlukan rawatan kelembapan rambut Lakukan rawatan sebegini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengawal isu kekeringan dan kerosakkan rambut. 

Bahan-bahan

  1. 2-3 sudu besar minyak kelapa (bergantung kepada panjang rambut anda)
  2. Tuala hangat/panas
  3. Sikat bergigi lebar

Cara-cara

  1. Basuh rambut anda dengan syampu. Jangan menggunakan sebarang perapian rambut.
  2. Gunakan sikat yang bergigi lebar dan sikat rambut ketika ianya masih sedikit lembap. 
  3. Ambil sedikit minyak kelapa lumurkan di tapak tangan dan mula gosokkan minyak kelapa ke rambut.
  4. Pastikan anda menyapukan minyak kelapa tersebut keserata kulit kepala dari akar hingga ke hujung rambut.
  5. Panaskan tuala dengan "blowdry"  atau ianya diseterikakan.
  6. Balut tuala panas dikepala. Ini membolehkan minyak kelapa diserap dengan baik oleh kulit kepala. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. 
  7. Anda juga boleh meninggalkan minyak kelapa semalaman dan basuh bila mandi diwaku pagi
  8. Basuh rambut anda dengan baik dengan syampu dan memastikan bahawa tiada sisa minyak yang ditinggalkan.

2. Minyak kelapa panas sebagai minyak urutan rambut

Urutan minyak kelapa panas adalah salah satu cara yang paling cepat dan paling berkesan untuk rawatan rambut kerana ianya memboleh penyerapan minyak kelapa secara optimum. Mengurut juga akan merangsang kulit kepala dan akan membolehkan kotoron atau minyak dikeluarkan secara semulajadi.

Bahan-bahan

2-3 sudu besar minyak kelapa (bergantung kepada panjang rambut anda)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak kelapa. Jangan membuat ia terlalu panas; pastikan tuan/puan masih dapat menyentuh minyak kelapa.
  2. Celupkan jari/tangan anda dalam minyak dan mengurut minyak ke kulit kepala.
  3. Urut kulit kepala selama 10-15 minit sehingga meliputi setiap bahagian.
  4. Lumur minyak lebihan ke rambut dari akar hingga ke hujung rambut. 
  5. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. 
  6. Basuh rambut anda dengan baik dengan syampu dan memastikan bahawa tiada sisa minyak yang ditinggalkan.

3. Minyak kelapa dan Jus Limau/Lemon

Secara semulajadinya, kulit kepala kita adalah berasid. Oleh yang demikian, dengan menggunakan jus limau atau lemon ianya sangat baik untuk pembersihan rambut dan mengembalikan pH kulit kepala kita yang berasid. Dengan gabungan minyak kelapa dan jus limau/lemon, ianya adalah penyelesaian yang bagus untuk kelemumur.

Bahan-bahan

  1. 2 sudu besar minyak kelapa
  2. 1 sudu teh jus limau/lemon

Cara-cara

    1. Campurkan bahan-bahan yang disebut dan sapukan keseluruh kulit kepala dan rambut.
    2. Urut selama beberapa minit dan biarkan selama 20-30 minit.
    3. Basuh rambut anda dengan baik dengan syampu dan memastikan bahawa tiada sisa minyak yang ditinggalkan.
    Selamat mencuba!


    p/s Jika malas nak buat semua ini boleh beli sahaja syampu minyak kelapa dari Paul Penders di https://www.bondaku.com/collections/concern/dandruff-and-hair-loss