Tapi yang Bonda paling suka, apabila mereka melakukan setiap proses dan menerangkan kita, apa sebenarnya fungsi proses tu.
Catatan dan pengalaman Bonda adalah seperti berikut:
1. Penyucian pertama
Bila ke salon rawatan muka, pertama sekali mereka akan mencuci muka kita untuk tanggalkan makeup, foundation yang ada dan apa-apa kotoran kat muka kita.
2. Analisa Kulit Muka
Dah siap cuci, dipakainya lampu terang dan kanta, untuk belek muka kita. Tengok betul-betul kondisi kulit kita. Biasanya 4 jenis sahaja, Biasa, Berminyak, Kering dan Sensitive. Pakar Kecantikan akan tahu membezakan dan jenis rawatan yang diperlukan.
3. Cadangan Rawatan
Lepas itu mereka akan bagi cadangan. Kalau yang berjerawat lebat dan sensitif, mereka tak kan sental dan buat rawatan lama-lama. Mereka akan utamakan rawatan untuk pengecutan jerawat tu. Yang sensitif mereka akan menggunakan produk yang mesra alam dan mesra "bayi".
Kalau muka kita berminyak, mereka akan fokus buat rawatan membuang kotoran diwajah dan rawatan kecilkan pori. Muka yang berminyak porinya yang besar dan cepat dapat blackhead/whitehead, jerawat.
Bonda mempunyai kulit kombinasi normal dan berminyak di Zon-T. Memang asyik gatal tangan kan, nak lap muka melekit2 kat muka. Dahlah minyak dimuka memerangkap bakteria, lepas tu tangan yang dah pegang segala macam benda tak boleh duduk diam, nak pegang jugak muka tu. Bakteria beralih dari tangan ke muka. Ish.
Kalau muka kita kering, mereka akan buat rawatan kelembapan yang intensif.
4. Produk
Masa buat rawatan tu, produk yang digunakan akan bersesuaian dengan kulit kita. Tak boleh semborono. Masa ini juga ada pakar kecantikkan akan syorkan buat rawatan mata, kuku, urut badan. Manjakan diri katanya.
Yang dah berumur, mereka akan guna produk anti aging, collagen, urut facelift dan macam-macam lagi, untuk kurangkan kedutan diwajah.
5. Diakhir Rawatan
Diakhir rawatan, salon kecantikan akan memakaikan toner, moisturizer dan sunblock untuk kita sebelum keluar dari salon.
Haaa...berapa jam yea sekali kita buat rawatan. Tempat feveret Bonda buat dalam 2 jam. Hehe..tetapi hasilnya berbaloi. Tak payah pergi salon selama 6 bulan. Buat aja kat rumah.
Nak jimat lagi, ikut aje langkah diatas, buat kat umah. Macamana tu? Macamana macamana - Pakai Produk Paul Penders. Bonda boleh ajarkan. Beli kat sini https://www.bondaku.com.
Amalkan hidup sihat dan cantik setiap hari.
No comments:
Post a Comment