20 March 2017

Kelemumur oh Kelemumur

Seingat bonda, kelemumur telah menghuni dikepala sejak dari remaja. Tapi tidaklah begitu teruk sampai berkeping-keping jadinya.

Bila bonda bekerja, stress melanda, kelemumur makin jadi parah. Rambut gugur bukan lagi helaian, tapi dah secekak. Kulit kepala gatal jika tidak kerap membasuh.

Kulit kepala bonda menjadi semakin sensitif. Bukan sebarang syampoo yang boleh dipakai. Bila yang tak sesuai dipakai kulit kepala seakan keluar jerawat dan merah berdarah.

Bonda ambil alternatif pergi ke rawatan rambut. Memang berkesan - tapi duit yang deras laju keluar umpama air terjun niagara!

Bonda habiskan rawatan dan tak pergi lagi. Redha dengan penyakit kelemumur dan pakai syampoo yang mesra pitih. Kelemumur yang berkeping masih ada. Rambut secekak masih luruh.

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan
Kulit kepala dengan kepingan kelemumur
Rupa-rupanya kelemumur boleh terjadi disebabkan kulit kepala yang kering , dan menyebabkan kita mendapat simptom seperti dibawah:
  • Kegatalan kulit kepala
  • kepingan kecil kulit kering, seperti kelemumur.
  • Kerengsaan dan kekeringan
  • 'Cradle Caps' kepingan kulit berwarna atau ruam kulit kepala yang berlaku pada bayi.
  • Plak kemerahan dan bersisik putih pada kulit kepala
  • Pendarahan dan kesakitan dikulit kepala
Alhamdulilah Allah menemukan Syampoo Love in the Layers Paul Penders. Syampoo yang diperbuat dari pati minyak kelapa.

Kulit kepala menjadi lembab. Pada mula rasa rimas, sebab rambut makin berat. Rupanya rambut tidak banyak gugur. Masih Melekat. hahaha.

Disuruh anakanda membelek kulit kepala. Kepingan kulit sudah tiada! Hanya tinggal sedikit sahaja lagi kelemumur berbaki.

Pada yang nak mencuba boleh beli disini https://www.bondaku.com/products/love-in-the-layer-shampoo.

Paul Penders - Mutu Keaslian Dijaga Rapi.

18 March 2017

Bersihkan Muka Sebelum Nikmati Keberkesanan Serum

Semalam bertemu "beautician" saya. Setahun tak jumpa.

Dibelek muka. Dia tanya dengan lembut. "Waa..Tengku, kenapa lama sudah tak datang? Sibuk ya?"

"Ya la miss. Saya sibuk sikit."

Dibelek muka lagi. "Tengku, muka ada sedikit kering - kurang minum air ya?"

"Ya" - Jawapan pendek diberikan.

"Ada oil seed dibahagian hidung. Tengku jangan makan banyak benda berminyak oooo...nanti boleh jadi skin tag"

"Baiklah. Dulu ada sudah jadi..saya sudah pergi buang." Jawap saya. Mak aih..sampai bab makan pun dia tau saya ambil apa..hahaha

"Ditepi hidung you sudah sensitive wooo. Sudah ada kapilari yang pecah. Jangan banyak gosok2 dan stimulate bahagian ini ya. You ada resdung selsema ka?."

Saya jawap, "Sejak kebelakangan ni saya gatal hidung agaknya sudah ada alergi" - Dalam hati berkata, bagus betul beautician hari ini. Penjelasan dengan penyelesaian yang mantap.

"Saya tengok you ada tona kulit tidak sekata dan sikit jeragat. Tengku mesti kena pakai itu foundation ke, sunblock ke, sapu kasi rata2. Jangan pusing2 tau, sapu cara melintang ini macam."

"Baiklah" - padan dengan muka, setahun tak datang , masalah muka bertimpa-timpa.

"Saya mahu tahu kenapa you datang ini hari? Muka Tengku ok, tak ada teruk sangat. Sangat bagus jaga muka."

Saya jawab, "saya mahu kasi bersih ini muka, sebab saya mahu itu Paul Penders punya Serum meresap cantik dalam kulit. Nanti saya tak payah datang acap kali jumpa you. Itu yang you ajar - sebab itu datang bersihkan muka setahun sekali. Set Rawatan lengkap sudah ada dirumah. Maintain jaga sahaja. Jimat duit"

Dia ketawa besar. "You sangat pandai! Ingat muka kasi cuci, pakai toner, pakai moisturizer dan sunblock. Yang penting banyak minum air dan jangan makan minyak"

Penjagaan kulit muka, bukan setakat produk kena sesuai tetapi pemakanan sangat penting.

ECZEMA

Semasa masih bayi, anak pertama bonda yang dilahirkan diluar negara, mengalami penyakit kulit “atopic eczema”.

Bila menggaru, kulitnya akan mula kemerahan dan kekadang berdarah.

Setiap hari muka dan badannya hanya tahu 2 losen yang perlu disapu: Krim emolien seakan “Vaseline Petroleum Jelly” untuk menghalang kulit jadi kering dan dan krim steroid “hydrocortisone” untuk mengurangkan bengkak, kemerahan dan kegatalan.

Waktu nak mandi, bonda kena letak mandian minyak khas untuk melembabkan kulit. Dah macam bayi minyak anakanda bonda tu.
Macam-macam orang suruh cuba, pasti akan buat. Kesihan melihat sianak kecil tak berdosa, menangis, merengek kerana kegatalan dan kepedihan.
Alhamdulilah bila bonda dan suami balik ke Malaysia, negara bercuaca lembab khatulistiwa, sikit demi sikit penyakitnya beransur sembuh.
Dr pernah memberitahu, kadang-kadang anak-anak berpenyakit kulit sebegini akan sembuh bila meningkat umurnya, bila meningkat imunisasi. Tetapi nak menunggu bila ianya terjadi adalah satu cubaan kepada ibubapa.
Sahabat-sahabat Paul Penders, ada berkongsi cerita tentang Sabun Paul Penders Coconut Oil Moisture Bar. 












Ramai yang menggunakan sabun yang mengandungi pati minyak kelapa bercampur dengan 22 herba organic, tiada pula bahan kimia merbahaya, dapat digunakan untuk bayi/kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai penyakit kulit eczema.








Ianya dapat mengurangkan kekeringan kulit.

Manalah tahu dengan asbab sabun ini , Allah sembuhkan penyakit kulit anakanda tuan/puan.

Pada yang ingin mencuba, boleh buat pembelian disini: https://www.bondaku.com/…/botanical-coconut-oil-moisture-bar
Didoakan Allah sembuhkan penyakit anak-anak, tuan dan puan sekalian.

14 March 2017

Rawatan Muka di Salon

Bonda pergi macam-macam salon rawatan. Ada yang beribu ringgit satu sesi. Ada yang hanya RM25. SOP untuk rawatan muka tetap sama.

Tapi yang Bonda paling suka, apabila mereka melakukan setiap proses dan menerangkan kita, apa sebenarnya fungsi  proses tu.

Catatan dan pengalaman Bonda adalah seperti berikut:

1. Penyucian pertama Bila ke salon rawatan muka, pertama sekali mereka akan mencuci muka kita untuk tanggalkan makeup, foundation yang ada dan apa-apa kotoran kat muka kita.

2. Analisa Kulit Muka Dah siap cuci, dipakainya lampu terang dan kanta, untuk belek muka kita. Tengok betul-betul kondisi kulit kita. Biasanya 4 jenis sahaja, Biasa, Berminyak, Kering dan Sensitive. Pakar Kecantikan akan tahu membezakan dan jenis rawatan yang diperlukan.



3. Cadangan Rawatan Lepas itu mereka akan bagi cadangan. Kalau yang berjerawat lebat dan sensitif, mereka tak kan sental dan buat rawatan lama-lama.  Mereka akan utamakan rawatan untuk pengecutan jerawat tu. Yang sensitif mereka akan menggunakan produk yang mesra alam dan mesra "bayi".
Kalau muka kita berminyak, mereka akan fokus buat rawatan membuang kotoran diwajah dan rawatan kecilkan pori. Muka yang berminyak porinya yang besar dan cepat dapat blackhead/whitehead, jerawat.

Bonda mempunyai kulit kombinasi normal dan berminyak di Zon-T. Memang asyik gatal tangan kan, nak lap muka melekit2 kat muka. Dahlah minyak dimuka memerangkap bakteria, lepas tu tangan yang dah pegang segala macam benda tak boleh duduk diam, nak pegang jugak muka tu. Bakteria beralih dari tangan ke muka. Ish.

Kalau muka kita kering, mereka akan buat rawatan kelembapan yang intensif.

4. Produk Masa buat rawatan tu, produk yang digunakan akan bersesuaian dengan kulit kita. Tak boleh semborono. Masa ini juga ada  pakar kecantikkan akan syorkan buat rawatan mata, kuku, urut badan. Manjakan diri katanya.
Yang dah berumur, mereka akan guna produk anti aging, collagen, urut facelift dan macam-macam lagi, untuk kurangkan kedutan diwajah.

5. Diakhir Rawatan Diakhir rawatan, salon kecantikan akan memakaikan toner, moisturizer dan sunblock untuk kita sebelum keluar dari salon.

Haaa...berapa jam yea sekali kita buat rawatan. Tempat feveret Bonda buat dalam 2 jam. Hehe..tetapi hasilnya berbaloi. Tak payah pergi salon selama 6 bulan. Buat aja kat rumah.

Nak jimat lagi, ikut aje langkah diatas, buat kat umah. Macamana tu? Macamana macamana - Pakai Produk Paul Penders. Bonda boleh ajarkan. Beli kat sini https://www.bondaku.com.

Amalkan hidup sihat dan cantik setiap hari.

01 March 2017

3 Petua untuk kurangkan Bau Badan

Bau badan adalah perkara yang sangat dititikberatkan oleh bonda. Dari remaja sehingga menginjak remaja tua, bonda cakna akan bau badan. Ini termasuk didalam penjagaan penampilan diri.

Ada banyak petua yang boleh dikongsikan mengenai bau badan ini. Tetapi kenalah memahami dulu kenapa badan kita berbau.

KENAPA BADAN KITA BERBAU?

Secara umumnya, bau badan in berlaku apabila peluh kita bercampur dengan bakteria. Bakteria inilah yang menyebabkan terhasilnya bau yang kurang menyenangkan. Bakteria sebegini pula amat cepat membiak di bahagian yang mempunyai banyak rambut terutamanya dibahagian ketiak. 

Apabila kita sudah mengetahui puncanya, senang kita nak menanganinya kan?

PETUA DARI BONDA

Banyak petua terdapat sekarang ini didalam laman web. Boleh sahaja Google. Petua yang bonda kongsikan adalah dari pengalaman bonda dan ianya hanya untuk penjagaan luaran. 

1. Bermula dengan sabun mandian. Bonda biasanya menggunakkan sabun mandian yang ada antibakteria atau tiada bahan pewangi. Terkadang sabun antibakteria akan menyebabkan kulit kering. Boleh juga menggunakan buah limau nipis, dihiris dan dilumur dibahagian ketiak. 

Tetapi, sekarang bonda tak payah susah hati lagi. Bonda terus pakai Paul Penders Herbal Shower Gel. Memang Super! Haruman herbal yang sekaligus menghilangkan bau badan. Suami bonda menggunakan ia untuk membasuh mukanya. Jimat duit.




2. Selepas mandi, bonda sapukan deodaran. Bab ini pelbagai deodaran bonda gunakan. Yang boleh membantu, deodaran yang tiada bahan pewangi. Dulu bonda ada memakai deodaran yang anti-pespirant. Bila dah keluar pelbagai cerita anti-pespirant ini boleh membahayakan kesihatan, bonda telah hentikan. Pernah juga memakai deodarant asli seperti batu tawas dan juga Dr Mist, atau deodaran jenama dari Amway atau Body shop. Tetapi, sejak 2 tahun lepas, bonda sekeluarga telah serasi dengan deodaran yang bebas dari alumunium dan asli dari Cosway dan dapat menghilangkan bau badan.



3. Jenis kain untuk pakaian. Yang paling serasi untuk bonda, bau badan dibahagian ketiak tidak ketara tengiknya adalah kain/baju yang diperbuat dari sutera dan kapas. Kain jenis lain bonda suka pakai juga, tetapi kena sediakan deodaran didalam beg tangan. Yang paling senang untuk semburan dari Dr Mist, tiada bahan pewangi, semburan air yang tidak melekit. Bagi bonda semburan ini adalah semburan serbaguna. Bonda gunakan juga untuk melegakan kegatalan kulit. Dr Mist boleh dibeli dimana-mana kedai farmasi atau supermarket.


Diharapkan petua diatas dapat membantu. Kalau ada yang tanya mana nak beli shower gel Paul Penders dan deodaran Cosway tu, boleh beli disini https://www.bondaku.com/


Nyah bau badan untuk penampilan diri yang bergaya. Anda mampu lakukannya.....