Assalamulaikum pada semua,
Hari ini bonda mengangkat mata pena. Menulis penceritaan perihal bonda, akan amalan kesihatan dan kecantikan. Bonda kini menginjak ke lewat 40an. Dalam 2 atau 3 tahun lagi, umur bonda akan mencecah 50 tahun. Insyaallah, jika dikurniakan umur yang panjang. Ya, diri ini sudah dimamah usia.
Tetapi kurniaan Allah pada bonda begitu Pemurah. Walaupun ketika ini kesihatan tidak begitu mengizinkan, Alhamdulilah, tiadalah bonda gering hingga terpaksa ke kamar pembaringan. Cuma aktiviti dihadapan laptop perlu dikurangkan.
Disebabkan faktor kesihatan inilah, bonda dilorongkan Allah untuk mengurangkan kerja juruperunding, Kerja yang perlu menatap kepada laptop hampir 12 jam sehari. Kerja yang telah dilakukan selama 20 tahun. Kerja yang dekat dihati.
Ada satu lagi dalam kehidupan seharian bonda, yang dekat dihati. Iaitu kesihatan dan kecantikkan. Bonda tiadalah rupawan seperti model, atau 100% sihat sejahtera. Tetapi bonda suka mengamalkan dan menggunakan produk-produk yang asli, yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya dan juga mendapat rawatan perubatan alternatif.
Insyaallah, doakan bonda dapat menulis tentang perkongisan ini, secara berterusan.
Salam perkenalan dari bonda.